Friday 14 November 2014

Wang dan Institusi Kewangan ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 6 : Wang dan Institusi Kewangan


2010






3.
(c)
Logo di bawah merujuk kepada sebuah institusi kewangan bank di Malaysia.






Terangkan empat fungsi institusi kewangan bank tersebut.
[8 markah]





(d)
Terangkan tiga cara institusi kewangan bukan bank menerima deposit daripada orang ramai.

[6 markah]




4.
(b)
Perbualan berikut berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.


Wartawan :
Apakah komen Yang Berhormat mengenai isu pemberhentian 60 ribu orang pekerja dalam industry pembuatan dan pembinaan?
Yang Berhormat :
Isu ini sangat membimbangkan. Malah persatuan pengilang-pengilang juga berdepan dengan masalah  lebihan stok. Kita perlu bersama-sama menanggani masalah ini secara berkesan.





(i)
Tentukan keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut.
[1 markah]

(ii)
Huraikan dua cara bank pusat mengatasi keadaan di 4(b)(i).
[6 markah]




2011






3.
(c)
Deposit semasa dapat berfungsi sebagai wang.
Jelaskan pernyataan di atas.

[5 markah]





(d)
Maklumat berikut berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.





(i)
Apakah keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut?
[1 markah]

(ii)
Bagaimanakah kedua-dua cara yang dinyatakan dapat mengawal keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut?

[6 markah]




2012






3.
(c)
Huraikan dua jenis bank yang terdapat di Malaysia.
[6 markah]





(d)
Maklumat di bawah berkaitan dengan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan.



Encik Mahmud merupakan seorang pengusaha ternakan ikan Arowana. Beliau mempunyai akaun semasa di sebuah bank perdagangan bagi memudahkan urusan perniagaannya. Oleh kerana permintaan yang semakin meningkat, beliau membuat keputusan untuk mendapatkan kemudahan pinjaman overdraf dari bank tersebut bagi menambahkan bilngan tapak ternakan ikan Arowananya.




Adakah anda bersetuju dengan keputusan Encik Mahmud mendapatkan kemudahan pinjaman tersebut ?


Beri empat alasan.
[5 markah]




2013






3.
(c)
Gambar 1 menunjukkan perbualan dalam satu urus niaga barang
.




(i)
Apakah masalah yang dihadapi dalam urus niaga tersebut?
[1 markah]

(ii)
Bagaimanakah fungsi wang dapat menyelesaikan masalah di 3(c)(i)?

[2 markah]





(d)
Huraikan dua kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.

[6 markah]




4.
(a)
Maklumat di bawah menunjukkan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.


·         Kadar pengangguran tinggi
·         Lambakan stok barang niaga dalam pasaran



Bagaimanakah bank pusat mengawal keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut melalui :

(i)
Kadar rizab berkanun
[3 markah]

(ii)
Syarat sewa beli
[3 markah]





(b)
Jelaskan institusi kewangan bukan bank berikut :


(i)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
[4 markah]

(ii)
Lembaga Tabung Haji
[3 markah]

No comments:

Post a Comment