Tuesday 4 November 2014

Latihan formatif - Pertukaran Asing

Latihan formatif bab 6


1.
(a)
Maklumat berikut menunjukkan kadar pertukaran asing antara Dolar Singapura (S$) berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada suatu tahun.



Malaysia menjalankan aktiviti ekonominya menggunakan pelbagai jenis mata wang asing seperti Dolar Amerika, Yen Jepun dan Dolar Singapura selain menggunakan mata wangnya sendiri Ringgit Malaysia.







Mengapakah Malaysia memerlukan mata wang asing walaupun mempunyai mata wang sendiri?

[8 markah]




2.
(a)
Jelaskan kepentingan pertukaran asing kepada negara yang menjalankan urus niaga eksport dan import.

[4 markah]





(b)
Maklumat yang berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing.






Nilai Ringgit Malaysia terus meningkat berbanding dengan Dolar Amerika sejak Jun lalu.







Jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia.

[5 markah]




3.
(a)
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Dolar Singapura dengan Ringgit Malaysia.



Tahun
Singapura $1.00
Mei 2014
RM 2.60
Oktober
RM 2.20




Huraikan kesan perubahan kadar pertukaran terhadap imbangan dagangan Malaysia dan Singapura.

[8 markah]




4.
(a)
Encik Shahrol dari Melaka mengimport sebuah jentera berharga RM120 000 dari Britain.
Hitungkan jumlah Pound Sterling yang perlu dibayar oleh En. Shahrol sekiranya kadar pertukaran antara Pound Sterling (£) dengan Ringgit Malaysia (RM) seperti berikut:



£ 1.00 = RM 6.20
[2 markah]





(b)
Jelaskan dua kepentingan Pound Sterling kepada Malaysia.
[2 markah]







(c)
Maklumat berikut menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar Singapura.



Kadar pertukaran asal
Kadar pertukaran baru
S$1.00 = RM4.25
S$1.00 = RM4.50




Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia.

[6 markah]




5.
(a)
Maklumat berikut menunjukkan kadar pertukaran asing antara Dolar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM).






USD 1.00 = RM 3.80






(i)
Hitung nilai dalam Ringgit Malaysia bagi harga sebuah kamera yang berharga USD500.

[2 markah]





(ii)
Sebuah perabot antik di Malaysia berharga RM6 000. Puan Rashidah mempunyai USD1 200 dan ingin membeli perabot antik tersebut.


Adakah jumlah wang diperolehnya mencukupi ? Jika tidak, berapakah tambahan bilangan USD yang diperlukannya lagi ?

[5 markah]





(b)
Terangkan kesan peristiwa berikut terhadap kadar pertukaran asing Ringgit Malaysia.

(i)
Penurunan bilangan pelancong asing dari Jepun yang melawat ke Malaysia.

[3 markah]





(ii)
Negara Libya meningkatkan jumlah import minyak sawit dari Malaysia.

[3 markah]




7.
(a)
Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran RM dengan seunit mata wang asing.



Tahun
Kadar pertukaran RM dengan seunit mata wang asing
1 Dolar Brunei
1 Dolar Singapura
2011
RM 2.40
RM 2.20
2012
RM 2.30
RM 2.15







Terangkan kesan perubahan kadar pertukaran RM ke atas imbangan dagangan dengan negara Brunei dan Singapura pada tahun 2012 berbanding tahun 2011.


[8 markah]





(b)
Terangkan sebab wujudnya permintaan terhadap Ringgit Malaysia.

[5 markah]

1 comment: