Saturday 12 December 2015

PERANCANGAN ULANG KAJI

Mengamalkan tabiat belajar yang baik akan membantu anda mencapai target. Anda perlu mengikuti jadual ulang kaji yang menyeluruh sejak awal tahun 2016 lagi.

  • Susun dan kemaskan buku, buku kerja, lembaran kerja dan nota untuk memudahkan anda mengambilnya apabila perlu.
  • Cari maklumat tentang apa yang akan anda pelajari dan bagaimana anda akan diuji, contohnya, format soalan peperiksaan dan ujian Ekonomi Asas. Ini termasuk merujuk kepada soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
  • Tentukan target bagi setiap tugasan anda, contohnya : Saya akan selesaikan mengulang kaji bab 1 pada hujung minggu ini.
  • Rancang jadual ulang kaji yang realistik dan boleh anda laksanakan.

Bagaimana mengulang kaji ?
  • Cuba selidik rutin ulang kaji yang sesuai untuk anda, misalnya dari segi masa, tempat dan jangka masa belajar.
  • Jadikan kerja anda mudah difahami dengan cara MEMBUAT NOTA RINGKAS, MENULIS TAJUK UTAMA, MENANDA DENGAN WARNA, KATA KUNCI, RAJAH PETA MINDA, SIMBOL DAN EJAAN SINGKATAN, PETA I-THINK serta kaedah-kaedah lain yang sesuai.
  • Fokus ulang kaji anda berdasarkan jenis soalan yang akan anda hadapi.
  • Uji diri anda - jawab soalan dari kertas ujian/peperiksaan tahun-tahun lepas mengikut peruntukan masa sebenarnya. Anda juga boleh menerangkan jawapan anda bagi soalan yang sukar kepada kawan atau keluarga untuk mendapat pandangan mereka.
  • Buat nota mengenai perkara-perkara penting bagi memudahkan anda mengulang kaji atau untuk mendapat penerangan lanjut daripada guru.

Peringatan penting !
  • Jangan bertangguh - mengulang kaji hingga ke saat-saat akhir
  • Jaga makan, minum, rehat, tidur dan kesihatan anda.
  • Berehat dan lakukan sesuatu yang anda suka untuk melegakan ketegangan.
  • Teruskan bersenam.
  • Minta bantuan rakan, keluarga atau guru jika ada yang anda tidak faham.
  • Jika anda rasa tertekan, nyatakan/cakapkan tentangnya kepada seseorang seperti rakan, keluarga, guru atau kaunselor sekolah anda.