Tuesday 4 November 2014

Latihan formatif - Perdagangan Antarabangsa

Latihan formatif bab 4


1.
(a)
Terangkan tiga komposisi eksport barang tak nampak Malaysia.
[6 markah]





(b)
Gambar berikut menunjukkan perbualan dua sahabat karib antara En. Ramli dengan En. Wie.






(i)
Jelaskan tiga perbezaan antara perniagaan yang dijalankan oleh En. Ramli dan En. Wie.

[6 markah]


(ii)
Berikan dua alasan En. Wie membuka cawangan barunya di Indonesia dan Singapura.

[2 markah]




2.
(a)
Gambar berikut menunjukkan perbualan antara dua peniaga.









(i)
Terangkan dua factor yang mewujudkan perdagangan bagi urus niaga tersebut.

[4 markah]

(ii)
Berikan tiga kebaikan perdagangan terebut
[6 markah]





(b)
Mengapakah kerajaan mengadakan sekatan perdagangan antarabangsa ?

[6 markah]




3.
(a)
Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa memperlihatkan banyak persamaan antara kedua-duanya.


Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan empat alasan.

[5 markah]





(b)
Pihak kerajaan membuat keputusan untuk menurunkan tariff sebanyak 20% bagi computer peribadi yang diimport.
Terangkan kesan tindakan tersebut terhadap :





(i)
Pengguna tempatan
[3 markah]

(ii)
Pengimport komputer peribadi
[3 markah]




4.
(a)
Terdapat persamaan antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan antarabangsa.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut?


Terangkan empat alasan.
[9 markah]




5.
(a)
Berikut adalah dua urusniaga yang dijalankan oleh Syarikat Munshi  Sdn. Bhd.



Urus Niaga P
Urus Niaga Q
Membeli 1 200 ribu tan metric beras dari negeri Kedah untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.
Mengeksport RM3 juta barang elektronik ke pasaran Jerman.






(i)
Apakah urus niaga P dan Q ?
[2 markah]

(ii)
Jelaskan empat persamaan urus niaga P dan Q.
[4 markah]





(b)
Mengapakah negara kita masih mengenakan sekatan perdagangan antarabangsa walaupun terdapat pelbagai keburukan ?


[6 markah]




6.
(a)
Terangkan perbezaan antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan antarabangsa.

[8 markah]




7.
(a)
Terangkan tiga sebab kerajaan menggalakkan perdagangan antarabangsa.

[6 markah]





(b)
Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan antarabangsa.
[6 markah]

No comments:

Post a Comment