Sunday 9 October 2016

Ekonomi Asas SPM

PROGRAM BITARA
2016
TINGKATAN 4

Program ini ditujukan khas untuk semua murid dan guru di Malaysia yang mengambil kertas SPM Ekonomi Asas pada tahun ini. Saya merangka kertas latihan ini sebagai satu latihan pengukuhan untuk calon SPM bersesuaian dengan tajuk yang saya telah upload berkenaan topik kebarangkalian spm tahun ini. Guru-guru boleh download dan dijadikan bahan PdP tuan/puan di dalam kelas. 

Prosedur program :
  1. Anda diminta download doc (klik disini : program bitara).
  2. Lembaran akan keluar dalam microsoft word 2007
  3. Lengkapkan jawapan anda di dalam microsoft word tersebut.
  4. Setelah siap menaip dan menjawab semua soalan.
  5. Save dalam doc yang sama.
  6. Kemudian attach doc di dalam email anda dan send doc tersebut kepada email saya : cgmasnawi@gmail.com
  7. Saya akan memeriksa jawapan anda dan reply semula.
"SELAMAT MENCUBA"



Wednesday 28 September 2016

Tajuk spot dalam ekonomi asas spm

Topik kebarangkalian SPM 2016

Bil.
Kandungan
1.
Sumber ekonomi
2.
Masalah asas ekonomi
3.
Sistem ekonomi perancangan pusat
4.
Sumber pendapatan individu
5.
Tabungan
6.
Belanjawan peribadi
7.
Perbezaan antara perubahan dalam kuantiti yang diminta dengan perubahan permintaan
8.
Objektif firma
9.
Kos pengeluaran
10.
Perubahan kuantiti yang ditawarkan
11.
Konsep keanjalan harga penawaran
12.
Penawaran pasaran
13.
Perbezaan aliran wang dengan aliran fizikal
14.
Jenis-jenis bank
15.
Fungsi bank pusat
16.
Fungsi institusi kewangan bukan bank
17.
Kesan perubahan struktur ekonomi negara
18.
Jenis belanjawan
19.
Hutang negara
20.
Sebab wujud perdagangan antarabangsa
21.
Komposisi eksport
22.
Kepentingan kadar pertukaran asing
23.
Kesan perubahan eksport dan import ke atas KPA


Senarai topik ini adalah hasil analisis unjuran spm dari tahun 2010-2015. Anda boleh perbanyakkan latih-tubi pada topik tersebut tetapi jangan diabaikan juga topik-topik yang lain kerana tika ini soalan adalah di luar jangka. Kita perlu kuasai semua bab untuk langkah yang selamat. 
Bagi menjawab soalan KBAT...pelbagaikan sumber input kerana soalan KBAT melangkaui buku teks dan buku rujukan. Perbanyakkan soalan yang berbentuk aplikasi dan belajar mengembangkan idea. Tingkatkan pengetahuan serta dampingi guru sebagai sumber rujukan utama pelajar, Hanya guru yang mampu menilai adakah huraian lanjutan anda boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.
"SELAMAT MAJU JAYA ....Saya doakan anda semua berjaya dengan CEMERLANG".

Monday 11 July 2016

Aplikasi KBAT dalam ekonomi asas


     

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta kerupaya untuk mencipta sesuatu. (KPM,2013).

Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kesinambungan kepada Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Inovasi (KBKKI).

Aras pemikiran dalam KBAT adalah berdasarkan kepada Taksonomi Bloom Semakan Anderson :

CONTOH SOALAN EA
Sub Tajuk : Pengenalan kepada Ekonomi
1.
Apakah jenis barang dalam ekonomi bagi perkhidmatan kesihatan di atas? Jelaskan


2.
Perkhidmatan kesihatan juga dapat ditawawrkan oleh pihak swasta. Mengapakah kerajaan masih membekalkan perkhidmatan kesihatan?


3.
Kini banyak perkhidmatan di hospital telah diswastakan. Adakah penswastaan memberi kesan yang baik kepada rakyat?


4.
Berdasarkan petikan, jumlah katil yang terdapat di hospital kerajaan ialah 35 000 buah tetapi masih tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Mengapakah kerajaan tidak menyediakan katil sebanyak yang mungkin untuk menampung keperluan tersebut?

Sunday 13 March 2016

Pembelajaran Aktif dalam Ekonomi Asas

Ekonomi Asas merupakan satu mata pelajaran yang berkaitan langsung dengan dunia dan masyarakat. Mata pelajaran ini dapat membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan untuk membina dunia masa depan. Pembelajaran Ekonomi Asas dapat melatih minda supaya menjadi kritis dan kreatif. Kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran interpersonal, mengurus dan menyelesaikan masalah juga dapat dilatih melalui mata pelajaran ini. Oleh itu, pengajaran yang hanya menumpukan pada penguasaan fakta isi kandungan adalah kurang sesuai untuk mencapai matlamat proses pembelajaran aras KBAT. Oleh kerana soalan SPM sebanyak 30% aras KBAT dan juga mata pelajaran ini mempunyai kaitan langsung dengan dunia seharian,...pengajaran sangat sesuai dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan yang berpusatkan murid supaya pembelajaran aktif sentiasa berlaku.

Konsep Pembelajaran aktif dapat dirumuskan seperti berikut :

  • murid menggunakan minda mereka untuk mengkaji idea-idea, menyelesaikan masalah dan mengaplikasikan apa yang dipelajari,
  • Murid berusaha ke arah pembelajaran kendiri.
  • Strategi PdP yang memerlukan murid membaca, berbincang, mendengar, memikir secara mendalam dan menulis serta bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri.
  • Murid terlibat dalam tugas-tugas yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.
  • Murid menguasai pengetahuan melalui pengalaman dan konstruktivisme.
Pembelajaran aktif adalah strategi pembelajaran yang berpusatkan murid, di mana murid
  • melibatkan diri dalam pelajaran secara aktif dan bererti.
  • menguji idea serta menyelesaikan masalah
  • membincang secara bermakna dengan rakan.
  • mempunyai rasa kepunyaan terhadap hasil kerja mereka.
  • menggunakan kemahiran berfikir untuk mengkaji idea atau masalah
Strategi-strategi PdP yang menggalakkan pembelajaran aktif dapat dijalankan melalui penggabung jalinan kemahiran pembelajaran berasaskan :
  • Konstruktivisme
  • Kontekstual
  • Koperatif
  • Kajian Masa Depan
  • Kecerdasan Pelbagai
  • Akses Kendiri
  • Pembelajaran Arah Kendiri
  • I-think
  • Pembelajaran Masteri

Model Pembelajaran Aktif

     Input                             Proses Transformasi                           Hasil

·   bahan kontekstual
·   data, artikel
·   kes
·   situasi/masalah
·   gambar
·   surat khabar
·   analisis, sintesis , penilaian
·   banding beza
·   menguji dan mengesahkan idea
·   membina konsep
·   menyelesaikan masalah
·   membuat keputusan
·    laporan
·    ciptaan
·    jawapan
·    rumusan

Input dalam bentuk bahan kontekstual seperti data dan lain-lain maklumat ekonomi atau bahan lain seperti gambar, kes, masalah atau situasi/masalah rekaan guru boleh digunakan sebagai input. Input penting untuk mencetus dan merangsang aktiviti pemikiran di kalangan murid. Teknik-teknik pedagogi untuk pembelajaran KBKK, konstruktivisme, kontekstual dan lain-lain dapat digunakan untuk murid memproses bahan input. Teknik-teknik seperti perbincangan, main peranan, simulasi, kajian kes dan uji kaji serta teknik-teknik pengumpulan data boleh diguna untuk memudahcarakan proses ini. Hasilnya boleh dalam bentuk laporan bertulis atau lisan atau pun lain-lain bentuk seperti ciptaan, jawapan kepada soalan/masalah atau rumusan.

Contoh pelaksanaan pembelajaran aktif :