Tuesday 30 September 2014

Kertas 2 Ekonomi Asas

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Kertas peperiksaan SPM bagi Ekonomi Asas terdiri daripada dua kertas iaitu kertas 1 (soalan objektif) dan kertas 2 (soalan subjektif). Kertas 2 hanya berfokuskan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (5 soalan pilih 3 soalan sahaja) dan Bahagian B (soalan kajian kes wajib dijawab). Kebiasaannya calon gagal menguasai kertas 2 untuk memperoleh markah yang tinggi dalam Ekonomi Asas. Kelemahan calon adalah :
  1. Tidak memahami kehendak soalan.
  2. Tidak memahami konsep dan istilah ekonomi.
  3. Jawapan meleret-leret kerana terpengaruh dengan nada soalan.
  4. Jawapan calon tidak dikaitkan dengan bahan rangsangan yang diberi dalam soalan.
  5. Tiada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
  6. Tidak menjawab mengikut agihan markah.
  7. Menulis isi yang sama dan berulang.
  8. Tiada kemahiran teknik menjawab
  9. Malas membaca dan mengulangkaji pelajaran
  10. Tidak dapat mengaitkan isu-isu ekonomi dengan teori dan konsep ekonomi yang dipelajari (KBAT).
PANDUAN UMUM
Semasa menjawab, calon perlu :
  • Baca kesemua soalan dengan teliti.
  • Cari, kenalpasti dan gariskan perkataan @ frasa yang menjadi kata kunci soalan.
  • Cari, kenalpasti dan gariskan kata tugas
  • Senaraikan fakta @ isi-isi penting
  • Buat rangka jawapan
  • Pilih 3 soalan yang mempunyai paling banyak fakta @ isi-isi penting2
  • Tulis jawapan berdasarkan pendekatan 3S

PENDEKATAN JAWAPAN

Jawapan atau persembahan calon yang dicadang oleh saya sebagai pemeriksa perlulah :

SHORT (Ringkas / Pendek)
  • Jawapan perlulah padat dan ringkas
    • -Fakta berdasarkan peruntukan markah.
  • Tidak perlu pendahuluan
    • -Tidak perlu mengulas soalan
SIMPLE (Mudah)
  • Menggunakan ayat-ayat yang mudah dan ringkas
SMART (Kemas)
  • Jawapan perlulah kemas dan teratur
  • Fakta hendaklah digaris
  • Huraian fakta tersusun
    • -Memadai satu atau dua ayat bagi setiap fakta.
  • Tulisan boleh dibaca.