Friday 14 November 2014

Pertukaran Asing ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 11 : Pertukaran asing


2010






5.
(c)
Syarikat Fatimah Asyiqin telah mengimport kereta dari Jepun yang bernilai RM 450 000.
Hitungkan jumlah Yen Jepun yang perlu dibayar oleh syarikat sekiranya kadar pertukaran antara Yen Jepun (¥) dengan Ringgit Malaysia (RM) seperti berikut :



¥ 100 = RM 3.80
[2 markah]





(d)
Jelaskan dua kepentingan Yen Jepun kepada Malaysia.
[2 markah]





(e)
Jadual di bawah menunjukkan perubahan nilai eksport dan import Malaysia bagi tempoh tiga tahun.



RM juta
2005
2006
2007
Eksport
533 788
599 959
653 849
Import
434 010
488 231
536 839







Jelaskan kesan perubahan eksport dan import tersebut ke atas pertukaran Ringgit Malaysia.

[6 markah]




2011






5.
(d)
Graf menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding satu unit Pound Sterling (£) dari tahun 2006 hingga tahun 2009.





(i)
Berapakah kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding satu unit Pound Sterling (£) pada tahun 2007 ?

[1 markah]


(ii)
Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2009 berbanding tahun 2008.


[6 markah]




2012






5.
(c)
Maklumat di bawah berkaitan dengan satu kepentingan pertukaran asing kepada Malaysia.



·         Malaysia membeli computer dari Jepun.
·         Malaysia membayar harga computer dengan menggunakan mata wang Yen Jepun.




Terangkan dua kepentingan pertukaran asing selain daripada yang dinyatakan di atas.


[4 markah]





(d)
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Dolar Brunei (B$) berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada bulan Januari 2011.


B$1.00 = RM 2.44



Jelaskan kesan terhadap imbangan dagangan Malaysia apabila kadar pertukaran telah berubah kepada B$1.00 = RM2.60 pada tahun 2011.


[5 markah]




2013






5.
(c)
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Dolar Singapura (S$) berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada suatu tahun.


S$1.00 = RM2.20



Bagaimana kadar pertukaran tersebut ditentukan?
[8 markah]

No comments:

Post a Comment