Thursday 13 November 2014

Pengenalan kepada ekonomi ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 1 : Pengenalan kepada ekonomi


2010






1.
(a)
Jadual berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi dua buah projek.


Projek Tebatan Banjir Sungai Pari
Kompleks Sukan Komuniti Taiping
RM 3.2 juta
RM 3.25 juta



Kerajaan tidak mampu membina kedua-dua projek tersebut serentak kerana peruntukan yang ada hanya RM 4 juta.


Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan.
[6 markah]





(b)
Perbualan berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi dua buah negara







(i)
Tentukan sistem ekonomi di negara asal Martina.
[1 markah]

(ii)
Bezakan tiga ciri lain antara kedua-dua sistem ekonomi negara asal Martina dengan negara Noor.

[6 markah]




2011






1.
(a)
Bagaimanakah sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi berikut :

(i)
Apa yang hendak dikeluarkan.
[2 markah]

(ii)
Bagaimana hendak dikeluarkan
[2 markah]

(iii)
Untuk siapa hendak dikeluarkan
[2 markah]





(b)
Bandingkan ciri-ciri barang awam dengan barang percuma
[6 markah]




2012






1.
(a)
Perbualan di bawah berkaitan dengan jenis barang dalam ekonomi.



Yana
:
Emak saya kata semua barang di kedai mahal.
Siew Ling
:
Tapi dalam ekonomi ada barang yang langsung tak perlu bayar kerana ditanggung oleh kerajaan.


(i)

Apakah jenis barang yang dimaksudkan oleh Yana ?

[1 markah]

(ii)
Bandingkan ciri-ciri barang yang dinyatakan oleh Yana dan Siew Ling.

[5 markah]





(b)
Jelaskan ciri sistem ekonomi Islam dari segi :


(i)
Pemilikan factor pengeluaran
[3 markah]

(ii)
Motif pengeluaran
[3 markah]




2013






1.
(a)
Situasi di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Abu.



Sempena hari keusahawanan sekolah, Abu yang memiliki kupon bernilai RM5, ingin menonton tayangan gambar berharga RM3. Dia juga ingin menyaksikan pertunjukan silap mata berharga RM4.




Bagaimanakah Abu menyelesaikan masalah tersebut?

[5 markah]





(b)
Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri sistem ekonomi Negara P.


·         Individu dan firma bebas memiliki sumber ekonomi
·         Kerajaan mengeluarkan barang awam
·         Terdapat persaingan yang sihat


(i)
Tentukan sistem ekonomi Negara P.
[1 markah]

(ii)
Jelaskan peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi bagi negara tersebut.

[4 markah]

1 comment: