Tuesday 4 November 2014

Latihan formatif - Belanjawan Negara

Latihan formatif bab 3


1.
(a)
Jadual berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang dibuat oleh Negara S






Perbelanjaan Kerajaan
RM ( juta )
Pentadbiran am
6 648
Bayaran khidmat hutang
23 208
Keselamatan
9 606
Subsidi
26 774
Pengangkutan dan perhubungan
15 530
Pertanian dan luar Bandar
4 964
Perkhidmatan social
14 900
Perdagangan dan perindustrian
6 442
Bekalan dan perkhidmatan
35 968
Emolumen
51 174
Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri
5 228







Hitungkan :



(i)
Perbelanjaan mengurus
[3 markah]


(ii)
Perbelanjaan pembangunan
[3 markah]




2.
(a)
Jelaskan tiga perbezaan antara cukai pendapatan perseorangan dengan cukai perkhidmatan.

[6 markah]





(b)
Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan kerajaan.







Antara perbelanjaan kerajaan termasuk membayar pencen kepada pesara kerajaan dan membina hospital, sekolah dan rumah.







Bezakan dua jenis perbelanjaan kerajaan tersebut.
[6 markah]





(c)
Jelaskan cara pinjaman kerajaan berikut.



(i)
Surat jaminan kerajaan
[3 markah]


(ii)
Pinjaman projek
[3 markah]





(d)
Gambar berikut menunjukkan perbualan tentang satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.







Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengawal masalah ekonomi tersebut ?

[7 markah]




3.
(a)
Nyatakan dan huraikan tiga jenis hasil cukai tak langsung.
[9 markah]





(b)
Jelaskan komponen-komponen perbelanjaan kerajaan.
[6 markah]





(c)
 (i)

Terangkan maksud hutang negara.

[2 markah]





(ii)
Wajarkah kerajaan berhutang?
Berikan empat alasan.

[5 markah]




4.
(a)
Perbualan berikut berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.



Adib      : Risaulah aku, Matta. Kilang tempat aku bekerja akan      ditutup bulan depan. Menganggurlah aku nanti.
Matta  : Kamu tahu Adib? Kilang tempat aku bekerja pula sudah mula memberhentikan ramai pekerja kerana permintaan terhadap barangan kilang itu menurun sebanyak 45%.



Huraikan dua cara bank pusat mengatasi keadaan tersebut.

[6 markah]





(b)
Terangkan cara kerajaan memperoleh pinjaman dalam negeri
[6 markah]





(c)
Selain hasil cukai, kerajaan juga memperoleh hasil bukan cukai. Jelaskan.

[4 markah]




5.
(a)
Sebahagian besar hasil kerajaan diperoleh daripada hasil cukai.


Terangkan jenis-jenis cukai langsung yang dikutip oleh kerajaan.

[8 markah]





(b)
Maklumat berikut dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.






·         Tingkat harga umum jatuh
·         Perbelanjaan masyarakat berkurangan







Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengatasi keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut?

[4  markah]

(c)



(i)
Nyatakan satu cara kerajaan boleh mendapatkan pinjaman dalam negeri.

[1 markah]





(ii)
Jelaskan mengapa kerajaan mengutamakan pinjaman dalamm negeri berbanding pinjaman luar negara.

[3 markah]




6.
(a)
Maklumat berikut berkaitan dengan belanjawan negara pada suatu tahun.






Jumlah BAJET
RM 280.5 billion
Perbelanjaan pembangunan
RM 62.3 billion
Perbelanjaan mengurus
RM 190.2 billion






(i)
Apakah jenis belanjawan tersebut?
[1 markah]

(ii)
Terangkan tujuan kerajaan menyediakan belanjawan negara pada setiap tahun.

[6 markah]




7.
(a)
Jadual berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan X bagi tahun tertentu.


Perbelanjaan
Jumlah (RM juta)
Emolumen
20 450
Keselamatan
4 200
Pentadbiran am
3 200
Pencen dan ganjaran
5 300
Bayaran khidmat hutang
9 210
Pemberian dan serahan kepada kerajaan negeri
2 760
Perkhidmatan ekonomi
13 900
Perkhidmatan social
15 300






(i)
Jelaskan maksud perbelanjaan mengurus.
[1 markah]

(ii)
Hitungkan perbelanjaan mengurus.
[5 markah]





(b)
Gambar menunjukkan perbualan dua orang pengusaha kilang mengenai keadaan ekonomi negara.







Bagaimana kerajaan melalui belanjawan negara mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha tersebut?

[7 markah]

No comments:

Post a Comment