Sunday 12 October 2014

Kertas 1 Ekonomi Asas


1.
Maklumat yang berikut berkaitan dengan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan.
Puan Mawar mempunyai akaun semasa di sebuah bank perdagangan. Transaksi akaun beliau pada 10 april 2014 adalah seperti yang berikut.

Baki dalam akaun
RM2 000
Overdraf diluluskan
RM5 000
Pengeluaran dilakukan
RM4 000

Berapakah jumlah overdraf yang telah digunakan oleh Puan Mawar pada tarikh tersebut?


A.
RM1 000

B.
RM2 000

C.
RM4 000

D.
RM5 000



2.
Jika sesebuah negara mengalami kemelesetan ekonomi, apakah perubahan yang perlu dilakukan oleh bank pusat terhadap kadar faedah dan kadar rizab tunai?

A.
Menurunkan kadar faedah dan menaikkan kadar rizab berkanun.

B.
Menaikkan kadar faedah dan menurunkan kadar rizab berkanun.

C.
Menurunkan kadar faedah dan menurunkan kadar rizab berkanun.
D.
Menaikkan kadar faedah dan menaikkan kadar rizab berkanun.
3.
Apakah kesan terhadap ekonomi Malaysia jika Bank Negara Malaysia menjual surat jaminan kerajaan?

I.
Hutang Negara bertambah

II.
Bekalan wang bertambah

III.
Masalah pengangguran dapat diatasi.
IV.
Ciptaan institusi kewangan menurun.

A.
I dan II

B.
I dan IV

C.
II dan III

D.
III dan IV



4.
Antara yang berikut, manakah yang dapat mengatasi keadaan “terlalu banyak wang mengejar sedikit barang”?

I.
Menambahkan peluang pekerjaan di sektor awam.

II.
Memberikan bantuan kewangan kepada firma kecil dan sederhana.

III.
Menangguhkan projek pembangunan yang mewah.

IV.
Menaikkan kadar cukai pendapatan

A.
I dan II

B.
II dan III

C.
III dan IV

D.
I dan IV



5.
Antara yang berikut, manakah urus niaga yang berkaitan dengan Bank Simpanan Nasional?

I.
Encik Masnawi membeli amanah saham.

II.
Puan Mawar  membuka akaun semasa.


III.
Puan Hasni membeli Sijil Simpanan Premium

IV.
Puan Haryati membeli cek kembara kerana ingin melancong ke Perancis.

A.
I dan II

B.
I dan III

C.
II dan IV

D.
III dan IV



6.
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan perubahan kegiatan ekonomi negara pada tahun 1960-an.

Pergantungan ekonomi Malaysia kepada eksport getah dan bijih timah.

Apakah masalah yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia?

I.
Daya pengeluaran yang rendah.

II.
Kadar pengganguran yang rendah

III.
Harga barang eksport rendah

IV.
Pendapatan negara rendah

A.
I, II dan III

B.
I, II dan IV

C.
I, III dan IV

D.
II, III dan IV



7.
Antara yang berikut, manakah pernyataan yang berkaitan dengan cukai tidak langsung?

A.
Syarikat Munshi Berhad membayar cukai keuntungan syarikatnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

B.
Puan Mawar  membayar duti setem apabila menandatangani perjanjian pembelian rumah teres dua tingkat yang terletak di Lembah Klang.

C.
En. Masnawi membayar tambahan 5% daripada jumlah harga perkhidmatan di hotel bertaraf lima bintang.

D.
Syarikat petroleum membayar 38% daripada jumlah pendapatannya kepada kerajaan.


10.
Maklumat di bawah ini berkaitan kadar pengangguran.

Kadar pengangguran di Malaysia adalah 3.5%.


Apakah yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar pengganguran tersebut?


Kadar cukai
Perbelanjaan kerajaan

A.
Berkurang
Bertambah

B.
Berkurang
Berkurang

C.
Bertambah
Bertambah

D.
Bertambah
Berkurang



11.
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan hubungan dagangan dua hala bagi dua buah negara.

Malaysia mempunyai hubungan dagang yang terbesar dengan China.


Apakah kesan positif bagi kedua-dua negara tersebut dalam perdagangan antarabangsa?

I.
Kemasukan teknologi baru

II.
Pengkhususan yang berlebihan

III.
Peluang pekerjaan baru

IV.
Pilihan pengguna semakin meningkat.

A.
I, II dan III

B.
I, II dan IV

C.
I, III dan IV

D.
II, III dan IV




12.
Maklumat yang berikut menunjukkan suatu urus niaga dagangan antarabangsa Malaysia.

Cik Fittrie bersama adiknya pergi ke singapura untuk menziarahi sanak saudaranya yang berada di sana.


Tentukan jenis urus niaga tersebut.

A.
Perjalanan – import barang nampak

B.
Perjalanan – import barang tidak nampak

C.
Pengangkutan – import barang nampak

D.
Pengangkutan – import barang tidak nampak



13.
Maklumat yang berikut berkaitan dengan kadar pertukaran Dollar Singapura (S$) dan Dollar Amerika Syarikat (USD) dengan Ringgit Malaysia (RM).

S$ 1.00 = RM 2.20
USD 1.00 = RM 3.15


Berapakah nilai satu Dollar Amerika Syarikat dalam mata wang Dollar Singapura?

A.
USD 1.00 = S$ 0.32

B.
USD 1.00 = S$ 0.45

C.
USD 1.00 = S$ 0.70

D.
USD 1.00 = S$ 1.43



14.
Jadual di bawah ini menunjukkan perubahan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dollar Amerika Syarikat (USD).

Tahun
Kadar pertukaran asing
2011
2012
USD1.00 = RM3.00
USD1.00 = RM3.80

Apakah kesan perdagangan antarabangsa yang berlaku ke atas Malaysia pada tahun 2012 berbanding tahun 2011?

A.
Harga eksport Malaysia ke Amerika Syarikat lebih murah.

B.
Jumlah import Malaysia dari Amerika Syarikat akan meningkat.

C.
Imbangan dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat cenderung menjadi negative

D.
Harga barang Amerika Syarikat di Malaysia lebih murah.
15.
Jadual yang berikut berkaitan dengan Ringgit Malaysia (RM) dengan Yen Jepun (¥) bagi bulan April dan September pada suatu tahun.

Bulan
Kadar pertukaran
April
¥100 = RM3.40
September
¥100 = RM3.10

Jika seorang peniaga Jepun berhutang ¥1 200 000 daripada pembekal  Malaysia pada bulan April dan menjelaskan hutangnya pada bulan September, apakah kesannya kepada pembekal Malaysia?

A.
Rugi RM3 600

B.
Untung RM3 600

C.
Rugi RM 3 415 559.77

D.
Untung RM 3 415 559.77



Latihan formatif bab 5 EA (Tingkatan 4)

Latihan formatif  bab 5

1.
(a)
Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan dan penawaran barang M di pasaran.



Harga (RM)
Kuantiti permintaan pasaran (unit)
Kuantiti penawaran pasaran (unit)
4
60
20
6
50
30
8
40
40
10
30
50
12
20
60



i.

Lukis keluk keseimbangan pasaran di atas kertas graf.
(Guna skala 1cm : RM2.00 pada paksi harga dan 1cm : 10 unit pada paksi kuantiti)


ii.
Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi barang M


iii.
Jelaskan keadaan pasaran barang M pada harga RM4.00.






(b)
Maklumat berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.



Syarikat Munshi Berhad mengeluarkan basikal jenama Shimun. En. Masnawi bekerja sebagai kerani di syarikat tersebut dan menerima upah sebanyak RM1200 sebulan. Dia membeli sebuah basikal BMX dengan harga RM250.







Lakarkan carta aliran pusingan pendapatan tersebut.






(c)
Berikut adalah tiga situasi yang berasingan. Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta persendirian buatan tempatan.


i.
Harga minyak petrol dinaikkan sebanyak 20 sen.


ii.
Syarikat kewangan menurunkan kadar faedah pinjaman sewa beli kereta.


iii.
Penemuan teknologi baru dalam pembuatan kereta.