Friday 14 November 2014

Pasaran ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 5 : Pasaran


2010






3.
(a)
Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran beg tangan




(i)
Pada tingkat harga RM30, berapakah kuantiti permintaan pasaran dan kuantiti penawaran pasaran?

[2 markah]

(ii)
Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat harga RM10.
[2 markah]

(iii)
Huraikan keadaan pasaran pada titik E.
[3 markah]





(b)
Maklumat berikut berkaitan dengan satu dasar kerajaan dalam membantu mengatasi kelembapan pasaran kereta di Malaysia.



Kerajaan memperkenalkan Skim Pelupusan Kereta kepada pemilik yang mempunyai kereta berusia 10 tahun ke atas. Pemilik kereta tersebut akan menerima baucar bernilai RM 5000 untuk membeli kereta Proton atau Perodua.




Jelaskan kesan pelaksanaan skim tersebut terhadap pasaran kereta import.


[4 markah]




2011






3
(a)
Rajah berikut menunjukkan keluk penawaran roti bagi dua buah firma.




(i)
Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran pasaran roti.
[Gunakan skala 2 cm = RM2 pada paksi harga dan 2 cm = 2 unit pada paksi kuantiti]                                                                                             [3 markah]





 (ii)
Jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran tersebut.
[4 markah]





(b)
Berdasarkan situasi berikut, jelaskan kesan ke atas pasaran batik tempatan.
(Setiap situasi adalah secara berasingan)

(i)
Kerajaan mewajibkan semua kakitangan awam berpakaian batik pada setiap hari Khamis.

[3 markah]

(ii)
Kerajaan memberi subsidi atas pembelian bahan mentah kepada pengusaha batik tempatan.

[3 markah]




2012






3.
(a)
Guna kertas graf yang disediakan untuk menjawab soalan 3(a).
Jadual 2 menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran suatu barang di pasaran.


Harga
Kuantiti barang (unit)
Permintaan pasaran
Penawaran pasaran
30
40
50
160
130
70
40
70
130


(i)
Lukis keluk keseimbangan pasaran di atas kertas graf yang disediakan.
[Gunakan skala 2 cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 20 unit pada paksi kuantiti]



[5 markah]





(ii)
Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut.

[2 markah]





(iii)
Jelaskan keadaan pasaran barang tersebut pada tingkat harga RM30.

[3 markah]





(b)
Beri dua perbezaan antara Aliran Fizikal dengan Aliran Wang dalam aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor

[4 markah]




2013






3.
(a)
Guna kertas graf yang disediakan untuk menjawab Soalan 3 (a)
Jadual 2 menunjukkan kuantiti diminta oleh dua individu terhadap suatu barang.


Harga (RM)
Kuantiti Diminta (unit)
Ishamuddin
Muhammad
20
40
60
7
4
2
8
6
4


(i)
Lukis pembentukan keluk permintaan pasaran di atas kertas graf yang disediakan.


[Gunakan skala 1cm = RM10 pada paksi harga dan 1cm = 2 unit pada paksi kuantiti]

[7 markah]





(ii)
Jelaskan pembentukan keluk permintaan pasaran di 3(a)(i)
[3 markah]





(b)
Situasi di bawah berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sector.


·         Encik Joshua bekerja sebagai pengurus pemasaran dan menerima gaji sebanyak RM6 000 daripada Firma Anggun.
·         Firma Anggun mengeluarkan perabot jati dan Encik Joshua membeli satu set perabot berharga RM4 000 daripada Firma Anggun.



Lakarkan rajah aliran tersebut.
[6 markah]

No comments:

Post a Comment