Sunday 30 August 2015

Diari Tahun 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada anda semua;

Diari bengkel ekonomi asas bagi tahun 2015 ini banyak memberi peluang kepada saya memperbaiki diri disamping berkongsi ilmu bersama pelajar dan guru lain. Sukanya hati dapat bersama anda semua. Tidak dapat dibalas dengan kata-kata. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa tuan/puan dan juga pelajar. Khususnya pelajar2 di Negeri Sarawak. Kenangan bersama anda amat manis. Tidak ketinggalan juga pelajar2 di bumi Melaka. Sama-sama kita lonjakkan setingkat lagi Gred Purata Matapelajaran EA di peringkat kebangsaan mencapai no.1 di Malaysia. Saya doakan anda semua calon SPM tahun ini cemerlang dengan pencapaian A+ dalam Ekonomi Asas.

 Selamat Maju Jaya...Good Luck. ADIOS....

Air Sirup biji selasih
Diminum oleh dato' ketua
Ku ucapkan terima kasih
Atas undangan anda semua

Pahlawan melayu jiwanya taat
Kedaulatan sultan tidak dinafi
Apa yang diberi harap bermanfaat
Mana yang kurang mohon dimaafi

Lima sahabat sehidup semati
Bertempur silat seni seligi
Walaupun jauh dekat di hati
Ada jodoh kita ketemu lagi

SMK (A) Sultan Muhammad
Program IMTIYAZ Akademik SPM
4 Mac 2015
Ayer Keroh D'Village, Melaka

SMK (A) Sharifah Rodziah
Bengkel Teknik Menjawab EA
15 Mac 2015
Pusat Sumber SMK(A)SR

SMK Ayer Keroh
Program 'Easy Ekonomi Asas' SPM
5 Mei 2015
Bilik Tayang SMKAK

SMK Kubong, Sarawak
Bengkel Teknik Menjawab EA
9 MEI 2015
Bilik Mesyuarat, SMK Kubong

SMK Limbang, Sarawak
Kem Kecemerlangan SPM
9 Mei 2015
Bilik Mesyuarat SMK Kubong

SMK (A) Limbang, Sarawak
Bengkel Teknik Menjawab EA
9 MEI 2015
Bilik Mesyuarat, SMK(A)Limbang

SMK Seri Patiambun, Sarawak
Bengkel Teknik Menjawab EA
10 MEI 2015
Makmal komputer, SMK Seri Patiambun

SMK Canossa Convent Melaka
Bengkel Teknik Menjawab EA
13 MEI 2015
Dewan St. Magdalen

SMK Infant Jesus Convent
Bengkel Teknik Menjawab EA
31 MEI 2015
Bilik Tayang SMKIJC

SMK (A) Sharifah Rodziah
Kem Kecemerlangan SPM
1 JUN 2015
Bilik Mesyuarat SMK(A)SR

SMK Kem Terendak
Program Kecemerlangan SPM
6 Julai 2015
Dewan Bestari SMKKT

SM(J)K Tinggi Cina Melaka
Bengkel Teknik Menjawab EA
14 Julai 2015
Dewan Boon Leong, STCM

SKK SMK Ghafar Baba
Kem 'SMART EA'
8 OGOS 2015
Dewan SKK SMK Ghafar Baba

SMK Dato Dol Said
Bengkel Teknik Menjawab EA
15 Ogos 2015
Pusat Sumber SMKDDS

Bersama pelajar 5PIP SMK Munshi Abdullah, Melaka pada hari sabtu cuti penggal kedua 2015

Wednesday 19 August 2015

Tutorial Ekonomi Asas T5

Program Rentas

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Program rentas adalah program menguji tahap pemahaman pelajar secara topikal. Program ini terbuka kepada semua calon SPM di seluruh Malaysia. Ilmu yang ada kita kongsi bersama demi mencapai kecemerlangan yang gemilang dalam SPM. Tatacaranya mudah ...

Anda dikehendaki menjawab tutorial ini dan hantar semula kepada saya melalui email. Prosedur nya :

  1. Download soalan Bengkel EA 2 (2015) dan save file dalam word 2007.
  2. Jawab soalan dalam word 2007.
  3. Selesai menjawab taipkan nama , nama sekolah, tingkatan.
  4. Save doc soalan yang telah dijawab dalam format word 2007
  5. Send doc melalui email kepada saya untuk diperiksa. Email : cgmasnawi@gmail.com
  6. Saya akan periksa dan send jawapan kepada anda semula.
Selamat mencuba.....Selamat maju jaya calon-calon SPM 2015.

Tuesday 18 August 2015

Tutorial Ekonomi Asas 2015

Program Rentas

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Program rentas adalah program menguji tahap pemahaman pelajar secara topikal. Program ini terbuka kepada semua calon SPM di seluruh Malaysia. Ilmu yang ada kita kongsi bersama demi mencapai kecemerlangan yang gemilang dalam SPM. Tatacaranya mudah ...

Anda dikehendaki menjawab tutorial ini dan hantar semula kepada saya melalui email. Prosedur nya :

  1. Download soalan Tutorial EA 1 ( 2015 ) dan save file dalam word 2007.