Wednesday 19 November 2014

Strategi menjawab kertas Ekonomi Asas

Strategi Peperiksaan SPM ( Kertas 3757 )

Kertas 1

  1. Membawa alatan tulis yang mencukupi khususnya pensil 2B, pemadam pensil dan kalkulator.
  2. 10 minit sebelum menjawab, teliti dan baca sepintas lalu semua soalan dari 1 - 40. Jangan terlalu stres apabila terbaca soalan yang sukar. Cari soalan yang senang untuk meningkatkan motivasi sebelum bermulanya peperiksaan.
  3. Apabila pengawas membenarkan peperiksaan bermula maka bermula dari soalan 1 dan baca dengan teliti.
  4. Apabila yakin dengan jawapan, tandakan terus pada kertas jawapan. Elakkan daripada mencari jawapan untuk semua soalan barulah menghitamkan jawapan pada kertas jawapan.
  5. Tinggalkan mana-mana soalan yang sukar dan tidak dapat dijawab. Teruskan kepada soalan yang berikutnya. Setelah selesai menjawab semua soalan mudah, kembali menjawab soalan yang ditinggalkan tadi.
  6. Pastikan masa diurus dengan bijak. Jangan gunakan masa terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.
  7. Pastikan anda menjawab semua soalan, sama ada soalan itu mudah atau sukar.
  8. Pastikan anda mempunyai masa untuk menyemak semua jawapan dalam kertas jawapan sebelum menyerahkannya kepada pengawas peperiksaan.
Kertas 2
  1. Untuk Bahagian A, baca kesemua 5 soalan dengan teliti dan kemudian pilih 3 soalan yang anda fikir boleh dijawab dengan baik.
  2. Masa diberi untuk menjawab kertas 2 ialah 2 jam. Oleh itu, anda dikehendaki menjawab setiap soalan mengikut peruntukan markah yang diberi. Masa menjawab mengikut peruntukan markah soalan.
  3. Jangan membuang masa pada satu-satu soalan. Apabila calon tidak dapat meneruskannya, beralih ke soalan lain.
  4. Gunakan 3 hingga 5 minit untuk merangka jawapan anda. Semasa menjawab, pastikan anda;
  5. Markah akan diberi untuk fakta (F), huraian (H) dan contoh (C). Calon dinasihatkan memberikan fakta dahulu, kemudian diikuti dengan huraian atau contoh.
  6. Penyampaian isi haruslah tersusun. Mulakan dengan isi yang terpenting diikuti dengan isi yang kurang penting.
  7. Calon harus memahami kata-kata tugas  yang diberi dalam kertas 2 sepertimana yang telah diterangkan dalam bengkel teknik menjawab.
SEMOGA TENANG DALAM MENJAWAB 
GOOD LUCK N ALL THE BEST TO U
SAYA DOAKAN ANDA SEMUA BERJAYA.

Friday 14 November 2014

Pertukaran Asing ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 11 : Pertukaran asing


2010






5.
(c)
Syarikat Fatimah Asyiqin telah mengimport kereta dari Jepun yang bernilai RM 450 000.
Hitungkan jumlah Yen Jepun yang perlu dibayar oleh syarikat sekiranya kadar pertukaran antara Yen Jepun (¥) dengan Ringgit Malaysia (RM) seperti berikut :



¥ 100 = RM 3.80
[2 markah]





(d)
Jelaskan dua kepentingan Yen Jepun kepada Malaysia.
[2 markah]





(e)
Jadual di bawah menunjukkan perubahan nilai eksport dan import Malaysia bagi tempoh tiga tahun.



RM juta
2005
2006
2007
Eksport
533 788
599 959
653 849
Import
434 010
488 231
536 839







Jelaskan kesan perubahan eksport dan import tersebut ke atas pertukaran Ringgit Malaysia.

[6 markah]




2011






5.
(d)
Graf menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding satu unit Pound Sterling (£) dari tahun 2006 hingga tahun 2009.





(i)
Berapakah kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding satu unit Pound Sterling (£) pada tahun 2007 ?

[1 markah]


(ii)
Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut terhadap imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2009 berbanding tahun 2008.


[6 markah]




2012






5.
(c)
Maklumat di bawah berkaitan dengan satu kepentingan pertukaran asing kepada Malaysia.



·         Malaysia membeli computer dari Jepun.
·         Malaysia membayar harga computer dengan menggunakan mata wang Yen Jepun.




Terangkan dua kepentingan pertukaran asing selain daripada yang dinyatakan di atas.


[4 markah]





(d)
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Dolar Brunei (B$) berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada bulan Januari 2011.


B$1.00 = RM 2.44



Jelaskan kesan terhadap imbangan dagangan Malaysia apabila kadar pertukaran telah berubah kepada B$1.00 = RM2.60 pada tahun 2011.


[5 markah]




2013






5.
(c)
Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Dolar Singapura (S$) berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada suatu tahun.


S$1.00 = RM2.20



Bagaimana kadar pertukaran tersebut ditentukan?
[8 markah]

Imbangan Dagangan ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 10 : Imbangan dagangan


2010






5.
(b)
Jadual di bawah menunjukkan butiran akaun semasa pada tahun 2008.


Butiran
Jumlah (RM juta)
Eksport barang
Import barang
Pengangkutan
Perjalanan
Urus niaga kerajaan
Perkhidmatan lain
Pendapatan
Pindahan semasa bersih
661 209
530 454
-19 102
28 604
-392
-13 756
-19 974
-17 421






(i)
Hitungkan imbangan dagangan dalam RM juta.
[2 markah]


(ii)
Hitungkan imbangan akaun semasa dalam RM juta.
[4 markah]




2011






5.
(b)
Maklumat berikut berkaitan dengan butiran dalam imbangan akaun pembayaran.



Imbangan Pembayaran = M + Imbangan Akaun Modal dan Kewangan


(i)

Apakah M ?

[1 markah]


(ii)
Terangkan tiga jenis akaun yang terdapat dalam M.
[6 markah]





(c)
Kerajaan bercadang meningkatkan cukai import terhadap kereta import bagi melindungi industri kereta tempatan.



Adakah anda bersetuju dengan cadangan tersebut?
Berikan enam alasan.

[7 markah]

Perdagangan Antarabangsa ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 9 : Perdagangan antarabangsa


2010






5.
(a)
Kewujudan perdagangan antarabangsa telah menberi kesan negatif  kepada Malaysia.


Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?



Terangkan empat alasan.
[9 markah]




2011






5.
(a)
Jelaskan empat sebab kewujudan perdagangan antarabangsa.
[4 markah]





2012






5.
(a)
Gambar 4 menunjukkan perbualan tentang dua urus niaga yang dijalankan oleh Syarikat Songket Warisan Ayah Sendirian Berhad.






(i)
Tentukan jenis perdagangan bagi dua urus niaga tersebut.
[2 markah]

(ii)
Beri empat perbezaan antara kedua-dua jenis perdagangan di 5(a)(i)

[8 markah]





(b)
Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang dapat memperbaiki imbangan pembayaran negara.

[6 markah]





2013






5.
(a)
Terangkan tiga komposisi import barang tak nampak Malaysia.

[6 markah]





(b)
Jadual 4 menunjukkan nilai eksport dan nilai import Malaysia bagi tempoh enam bulan pada suatu tahun.


Butir
Jumlah (RM Juta)
Eksport barang perkilangan
Eksport komoditi utama
Import barang penggunaan
Import barang perantaraan
222 031
17 250
64 563
15 563


(i)
Hitung imbangan dagangan dalam RM juta.
[2 markah]

(ii)
Tafsirkan kedudukan imbangan dagangan di 5(b)(i)
[2 markah]





(d)
Gambar 2 menunjukkan perbualan tentang masalah perdagangan antarabangsa.





(i)
Terangkan dua cara kerajaan dapat mengatasi masalah di atas.

[4 markah]

(ii)
Jelaskan tiga kesan terhadap pengeluar pakaian tempatan jika masalah tersebut tidak diatasi segera.

[3 markah]

Belanjawan Negara ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 8 : Belanjawan negara


2010






4.
(c)
Terangkan tiga tujuan kerajaan membuat pinjaman.
[6 markah]





(d)
Bandingkan antara cukai langsung dengan cukai tak langsung.

[4 markah]




2011






4.
(c)
Jelaskan tiga perbezaan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan kerajaan

[6 markah]





(d)
Wajarkah kerajaan membuat pinjaman daripada sumber luar negara ?


Beri enam alasan.
[7 markah]




2012






4.
(a)
Maklumat di bawah berkaitan dengan dua jenis cukai.




·         Puan Kasturi membayar RM240 setahun kerana memiliki rumah kediaman di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
·         Puan Eng membayar tambahan 5% daripada harga makanan yang dibeli daripada restoren makanan segera.



Jelaskan tiga perbezaan antara jenis cukai yang dibayar oleh Puan Kasturi dengan jenis cukai yang dibayar oleh Puan Eng


[6 markah]





(b)
 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu komponen dalam perbelanjaan mengurus kerajaan.



Kerajaan memberi bayaran bonus sebulan gaji kepada semua penjawat awam pada tahun 2011.



(i)

Apakah komponen perbelanjaan tersebut?

[1 markah]

(ii)
Jelaskan kesan tindakan kerajaan kepada ekonomi negara.
[5 markah]





(c)
Jelaskan cara pinjaman kerajaan berikut :


(i)
Bil perbendaharaan
[3 markah]

(ii)
Sijil pelaburan
[3 markah]









(d)
Gambar 3 menunjukkan perbualan tentang satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.





Bagaimana kerajaan menggunakan belanjawan negara sebagai alat untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi tersebut ?


[7 markah]




2013






4.
(c)
Jadual 3 berkaitan dengan belanjawan negara yang diumumkan oleh kerajaan pada suatu tahun.


Item
Jumlah (RM juta)
Sumber Hasil Kerajaan

Cukai langsung
Cukai tak langsung
Hasil bukan cukai

Perbelanjaan Kerajaan

Perbelanjaan mengurus
Perbelanjaan pembangunan


70 000
35 000
15 000



90 000
45 000




Apakah jenis belanjawan yang telah diumumkan oleh kerajaan ?


Buktikan jawapan anda?
[4 markah]





(d)
Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan kerajaan.

[8 markah]

Struktur Ekonomi Negara ( SPM 2010 - 2013 )

Bab 7 : Struktur ekonomi negara


2010






4.
(a)
Jadual di bawah menunjukkan peratus sumbangan sector ekonomi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh lima tahun.



Peratus (%)
2002
2003
2004
2005
2006
Sektor Utama
14.77
14.77
14.41
14.19
14.10
Sektor Kedua
31.03
31.63
32.12
31.91
31.68
Sektor Ketiga
54.20
53.60
53.47
53.90
54.22

(i)
Terangkan dua sebab arah aliran sumbangan sector utama bercorak sedemikian.

[4 markah]

(ii)
Jelaskan arah aliran sumbangan sector kedua dan sector ketiga kepada ekonomi Malaysia.

[4 markah]





2011






4.
(a)
Gambar di bawah menunjukkan kegiatan ekonomi penduduk dalam satu sector ekonomi.





Huraikan sector ekonomi tersebut.
[3 markah]





(b)
Huraikan tiga jenis hasil cukai langsung kerajaan.
[9 markah]