Friday 27 November 2015

Topik SPM

Topik SPM mengikut nombor soalan ( Kertas 2 ) :

No. soalan
Tajuk
1
Pengenalan kepada ekonomi

Pendapatan dan penggunaan pendapatan individu


2
Isi rumah sebagai pengguna

Firma sebagai pengeluar


3
Pasaran

Wang dan institusi kewangan


4
Ekonomi Malaysia

Belanjawan negara


5
Perdagangan antarabangsa

Imbangan pembayaran

Pertukaran asing

Topik di setiap nombor soalan telah diformatkan sedemikian rupa. Maka calon boleh memilih soalan mana yang mampu calon jawab. Daripada 5 soalan ini pilih mana-mana 3 soalan yang anda fikir mempunyai isi yang banyak dan boleh membantu anda memperolehi markah yang tinggi.

Soalan 5 biasanya diabaikan oleh ramai calon. Jika kita perhatikan sebenarnya so.5 adalah soalan yang senang dan mudah perolehi markah. Anda hanya perlu cover tajuk:

  1. Sebab wujud PAB
  2. Perbandingan PDN dan PAB
  3. Komposisi eksport
  4. Imbangan pembayaran
  5. Kepentingan KPA
  6. Kesan perubahan eksport dan import ke atas KPA
Perbanyakkan latihan tajuk tersebut dan cuba pilih no.5 sebagai pilihan pertama ketika menjawab dan diteruskan dengan pilihan soalan lain. Itu pun bergantung pada kemampuan penguasaan pengetahuan anda. Sebab itu calon perlu banyak buat ulangkaji dan latihan bertulis bukan sekadar membaca.

Teknik belajar yang berkesan adalah membaca dan kemudian menulis semula isi yang anda baca. Baru input yang anda baca boleh disimpan di dalam memory fikiran anda. Ketika membaca perlu ditunjuk dengan jari atau pensil/pen/lidi sebagai penanda arah kerana pengerakan mata yang mengekori setiap perkataan akan dihantar ke otak dengan baik berbanding dengan sekadar membaca. Pasti hilang selepas itu.

Soalan kajian kes, tekniknya calon perlu baca set soalannya dahulu baru kemudiannya membaca teks kajian kes tersebut. Dapatkan idea dari soalan, yang akan terlintas secara langsung di dalam fikiran anda. Ketika membaca teks pasti anda mendapat idea menjawab kerana biasanya teks akan memberi rangsangan kepada pembaca dengan beberapa kata kunci yang tersirat di dalam teks.


Tiada jalan mudah untuk berjaya. Teruskan usaha dan mengulangkaji pilihan topik dengan panduan dari guru. Ingat proses pembelajaran mesti berguru. Dampingi guru dan mohon bantuan mereka.

SELAMAT MENDUDUKI SPM...GOOD LUCK

Sunday 15 November 2015

Bengkel SPM EA 2015

TAJUK : Soalan pemarkahan KBAT

PENERANGAN :
Pelajar telah didedahkan bentuk soalan aras KBAT oleh guru di sekolah. Banyak juga buku-buku rujukan di pasaran yang mendedahkan soalan aras KBAT. Tetapi ramai yang tidak mengetahui di dalam soalan boleh menguji tahap pemikiran pelajar mengikut aras tinggi.

Soalannya mudah tetapi memerlukan pelajar menghuraikan isi lebih banyak dalam satu fakta. Markah diberi jika pelajar mampu menghuraikan isi secara terperinci dan munasabah bagi satu fakta. Jawapan pelajar diklasifikasikan sebagai 'layer'. Pelajar boleh dapat markah penuh dengan penghuraian satu fakta sahaja.

Kini, pelajar diharap dapat mengolah fakta dengan baik. Lebihkan bacaan dan tingkatkan pemahaman bagi setiap tajuk ekonomi asas khususnya bab tingkatan 5.

CONTOH :

“Pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor utama akan mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi negara”
Berikan alasan untuk menyokong pernyataan di atas.                                        [5 markah]

Jawapan :
F1  : Ketidakstabilan harga komoditi
F2  : Peluang pekerjaan terjejas
F3  : Kehausan dan kepupusan sumber
F4  : Merugikan imbangan dagangan

CONTOH JAWAPAN PELAJAR :
F1     :  Ketidakstabilan harga komoditi
H1a  :  Harga komoditi sentiasa turun naik
H1b  :  Menjejaskan pendapatan negara
H1c  :  Imbangan dagangan negara terjejas.

F2    :  Peluang pekerjaan terjejas

( Pelajar ini berjaya memperolehi 5 markah - 2 markah fakta dan 3 markah huraian. )

INDIKATOR :
Soalan bentuk sebegini boleh dikesan pada jumlah markahnya. Markah mesti nombor ganjil seperti [5 markah]. Maka berhati-hati...adalah lebih baik sebagai langkah selamat. Tulis lah lebih huraian isi.

SELAMAT MENDUDUKI SPM....Semoga berjaya dengan cemerlang