Thursday 19 October 2017

Amalan pemakanan untuk calon SPM

Pemakanan sebelum menghadapi peperiksaan :
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan jus kismis, madu dan jus kurma terlebih dahulu.
  2. Semasa sarapan minum susu coklat / milo panas @ suam.
  3. Makan tengahari : nasi + sayur brocoli + carrot + ikan + minum air secukupnya.
  4. Selepas makan sebelum pergi ke sekolah ambil supplement Omega 3
  5. Balik dari sekolah pastikan anda makan terlebih dahulu ( sebelum pukul 8.00 malam ). 
  6. Pastikan anda tidak makan aneka jajan ( twiste, mamee dsb ).
  7. Sebelum tidur minum jus kismis dan jus kurma sekali lagi. 
Pemakanan semasa menghadapi peperiksaan :
  1. Untuk menguatkan daya ingatan, tenaga dan kecerdasan setiap pagi sebelum sarapan makan jus kismis, madu dan jus kurma terlebih dahulu.
  2. Makan tengahari : nasi + sayur brocoli + ikan dan selepas itu baru makan Omega 3 dan Vitamin B.
  3. Minum air secukupnya bagi mengelakkan badan menjadi lesu dan hilang fokus semasa peperiksaan.
  4. Kurangkan pengambilan coklat dan bahan yang berkafein, ianya bagi mengelakkan getaran, debaran, kebimbangan dan hilang tumpuan.
  5. Senaman fizikal meningkatkan pembekalan oksigen dalam darah dan nutrien ke dalam otak agar ianya dapat berfungsi dengan efisien.
  6. Untuk mendapatkan tidur yang cukup ambil makanan seperti roti, mi atau pasta dan sedikit ikan, ayam atau daging untuk makan malam.
  7. Pastikan anda tidak memakan jajan kecuali snack energy bar.
  8. Minum segelas susu panas, jus kismis dan kurma sebelum ma.suk tidur

No comments:

Post a Comment