Sunday 12 October 2014

Latihan formatif bab 5 EA (Tingkatan 4)

Latihan formatif  bab 5

1.
(a)
Jadual berikut menunjukkan kuantiti permintaan dan penawaran barang M di pasaran.



Harga (RM)
Kuantiti permintaan pasaran (unit)
Kuantiti penawaran pasaran (unit)
4
60
20
6
50
30
8
40
40
10
30
50
12
20
60



i.

Lukis keluk keseimbangan pasaran di atas kertas graf.
(Guna skala 1cm : RM2.00 pada paksi harga dan 1cm : 10 unit pada paksi kuantiti)


ii.
Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran bagi barang M


iii.
Jelaskan keadaan pasaran barang M pada harga RM4.00.






(b)
Maklumat berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.



Syarikat Munshi Berhad mengeluarkan basikal jenama Shimun. En. Masnawi bekerja sebagai kerani di syarikat tersebut dan menerima upah sebanyak RM1200 sebulan. Dia membeli sebuah basikal BMX dengan harga RM250.







Lakarkan carta aliran pusingan pendapatan tersebut.






(c)
Berikut adalah tiga situasi yang berasingan. Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta persendirian buatan tempatan.


i.
Harga minyak petrol dinaikkan sebanyak 20 sen.


ii.
Syarikat kewangan menurunkan kadar faedah pinjaman sewa beli kereta.


iii.
Penemuan teknologi baru dalam pembuatan kereta.

2 comments: