Wednesday, 12 April 2017

Penyediaan JSU dan JSI

PENYEDIAAN ITEM

Asas Pembinaan Item adalah seperti berikut:
i.            Tentukan tujuan ujian.
ii.           Tahu apa yang hendak diuji / tafsir.
iii.          Faham falsafah, matlamat dan kandungan kurikulum.
iv.          Boleh mengaplikasikan teori pembinaan item.
v.           Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian.


Definisi Jadual Spesifikasi Ujian

Suatu matriks yang mengandungi konten, konstruk (merangkumi aspek kognitif dan           psikomotor) dan aras kesukaran. Item dibina menggunakan paksi-paksi di atas mengikut            keperluan kurikulum dan jam kredit.
                       


Tujuan Penyediaan JSU

i.      JSU adalah sebagai panduan kepada penggubal soalan.
ii.     Memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ke tahun.
iii.    Menetap dan memperuntukkan jenis item dan ciri item yang perlu ditulis.
iv.    Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
v.     Menentukan skop dan pemberatan ujian yang seimbang.


Pembinaan item – Jadual Spesifikasi Indeks / Item 


Jadual Spesifikasi Indeks / Item (JSI)  adalah arahan pengagihan item yang perlu digubal oleh penggubal yang telah dilantik oleh Unit Peperiksaan / Panitia / berdasarkan JSU disiplin masing-masing. Kandungan JSI berdasarkan jumlah item mengikut topik dalam JSU masing-masing. Item-item yang digubal hendaklah yang baru.


Penilaian Item


Penilaian item ialah proses membuat pengadilan atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang baik.

Penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu item dengan mengambilkira setiap ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu DITERIMA, DALAM PERHATIAN (KIV) atau DITOLAK.

Download :



Sunday, 9 October 2016

Ekonomi Asas SPM

PROGRAM BITARA
2016
TINGKATAN 4

Program ini ditujukan khas untuk semua murid dan guru di Malaysia yang mengambil kertas SPM Ekonomi Asas pada tahun ini. Saya merangka kertas latihan ini sebagai satu latihan pengukuhan untuk calon SPM bersesuaian dengan tajuk yang saya telah upload berkenaan topik kebarangkalian spm tahun ini. Guru-guru boleh download dan dijadikan bahan PdP tuan/puan di dalam kelas. 

Prosedur program :
  1. Anda diminta download doc (klik disini : program bitara).
  2. Lembaran akan keluar dalam microsoft word 2007
  3. Lengkapkan jawapan anda di dalam microsoft word tersebut.
  4. Setelah siap menaip dan menjawab semua soalan.
  5. Save dalam doc yang sama.
  6. Kemudian attach doc di dalam email anda dan send doc tersebut kepada email saya : cgmasnawi@gmail.com
  7. Saya akan memeriksa jawapan anda dan reply semula.
"SELAMAT MENCUBA"



Wednesday, 28 September 2016

Tajuk spot dalam ekonomi asas spm

Topik kebarangkalian SPM 2016

Bil.
Kandungan
1.
Sumber ekonomi
2.
Masalah asas ekonomi
3.
Sistem ekonomi perancangan pusat
4.
Sumber pendapatan individu
5.
Tabungan
6.
Belanjawan peribadi
7.
Perbezaan antara perubahan dalam kuantiti yang diminta dengan perubahan permintaan
8.
Objektif firma
9.
Kos pengeluaran
10.
Perubahan kuantiti yang ditawarkan
11.
Konsep keanjalan harga penawaran
12.
Penawaran pasaran
13.
Perbezaan aliran wang dengan aliran fizikal
14.
Jenis-jenis bank
15.
Fungsi bank pusat
16.
Fungsi institusi kewangan bukan bank
17.
Kesan perubahan struktur ekonomi negara
18.
Jenis belanjawan
19.
Hutang negara
20.
Sebab wujud perdagangan antarabangsa
21.
Komposisi eksport
22.
Kepentingan kadar pertukaran asing
23.
Kesan perubahan eksport dan import ke atas KPA


Senarai topik ini adalah hasil analisis unjuran spm dari tahun 2010-2015. Anda boleh perbanyakkan latih-tubi pada topik tersebut tetapi jangan diabaikan juga topik-topik yang lain kerana tika ini soalan adalah di luar jangka. Kita perlu kuasai semua bab untuk langkah yang selamat. 
Bagi menjawab soalan KBAT...pelbagaikan sumber input kerana soalan KBAT melangkaui buku teks dan buku rujukan. Perbanyakkan soalan yang berbentuk aplikasi dan belajar mengembangkan idea. Tingkatkan pengetahuan serta dampingi guru sebagai sumber rujukan utama pelajar, Hanya guru yang mampu menilai adakah huraian lanjutan anda boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.
"SELAMAT MAJU JAYA ....Saya doakan anda semua berjaya dengan CEMERLANG".