Bab 1 : Pengenalan kepada ekonomi
Bab 2 : Pendapatan individu
Bab 3 : Isi rumah sebagai pengguna
Bab 4 : Firma sebagai pengeluar
Bab 5 : Pasaran
Bab 6 ; Wang
Bab 7 : Struktur ekonomi negara
Bab 8 : Belanjawan negara
Bab 9 : Perdagangan antarabangsa
Bab 10 : Imbangan dagangan
Bab 11 : Pertukaran asing
Friday, 5 May 2017
Saturday, 15 April 2017
Program Tahun 2017
Bengkel Teknik Menjawab Ekonomi Asas :
- SMK (A) SHARIFAH RODZIAH
- SMK PADANG TEMU
- SMK TUN TUAH
- SMJK PULAU SEBANG
- SMK MUNSHI ABDULLAH
- SMK (A) DATO' HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL, NEGERI SEMBILAN
- SMA REMBAU, NEGERI SEMBILAN
- SMK THREE RIVERS, SARAWAK
- SMK MUKAH, SARAWAK
- SMK CANOSSA CONVENT
- KOLEJ YAYASAN SAAD
- SMK TUN MUTAHIR
- KOLABORATIF "SMART EA"
- SMK BUKIT KATIL
- SMK AYER KEROH
- SMK TUN TIJAH
- SMK KHATOLIK
- SMK ST. FRANCIS
- SMK MALIM
- Sekolah Henry Gurney
- SMK TUNKU BESAR, NEGERI SEMBILAN
- SMK DATO' DOL SAID
- SMK RAHMAT
Wednesday, 12 April 2017
Penyediaan JSU dan JSI
PENYEDIAAN ITEM
Asas
Pembinaan Item adalah seperti berikut:
i. Tentukan
tujuan ujian.
ii. Tahu
apa yang hendak diuji / tafsir.
iii. Faham
falsafah, matlamat dan kandungan kurikulum.
iv. Boleh
mengaplikasikan teori pembinaan item.
v. Membentuk
Jadual Spesifikasi Ujian.
Definisi Jadual Spesifikasi Ujian
Suatu matriks yang
mengandungi konten, konstruk (merangkumi aspek kognitif dan psikomotor) dan aras kesukaran. Item
dibina menggunakan paksi-paksi di atas mengikut keperluan kurikulum dan jam kredit.
Tujuan Penyediaan JSU
i. JSU adalah sebagai panduan kepada penggubal soalan.
ii. Memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ke
tahun.
iii. Menetap dan memperuntukkan jenis item dan ciri item yang
perlu ditulis.
iv. Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
v. Menentukan skop dan pemberatan ujian yang seimbang.
Pembinaan item – Jadual Spesifikasi Indeks / Item
Jadual Spesifikasi
Indeks / Item (JSI) adalah arahan pengagihan item yang perlu
digubal oleh penggubal yang telah dilantik oleh Unit Peperiksaan / Panitia / berdasarkan
JSU disiplin masing-masing. Kandungan JSI berdasarkan jumlah item mengikut
topik dalam JSU masing-masing. Item-item yang digubal hendaklah yang baru.
Penilaian Item
Penilaian item ialah proses membuat pengadilan atau
pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan
item dan ciri-ciri item yang baik.
Penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu
item dengan mengambilkira setiap ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir
dengan ketetapan sama ada item itu DITERIMA,
DALAM PERHATIAN (KIV) atau DITOLAK.
Download :
Sunday, 9 October 2016
Ekonomi Asas SPM
PROGRAM BITARA
2016
TINGKATAN 4
Program ini ditujukan khas untuk semua murid dan guru di Malaysia yang mengambil kertas SPM Ekonomi Asas pada tahun ini. Saya merangka kertas latihan ini sebagai satu latihan pengukuhan untuk calon SPM bersesuaian dengan tajuk yang saya telah upload berkenaan topik kebarangkalian spm tahun ini. Guru-guru boleh download dan dijadikan bahan PdP tuan/puan di dalam kelas.
Prosedur program :
- Anda diminta download doc (klik disini : program bitara).
- Lembaran akan keluar dalam microsoft word 2007
- Lengkapkan jawapan anda di dalam microsoft word tersebut.
- Setelah siap menaip dan menjawab semua soalan.
- Save dalam doc yang sama.
- Kemudian attach doc di dalam email anda dan send doc tersebut kepada email saya : cgmasnawi@gmail.com
- Saya akan memeriksa jawapan anda dan reply semula.
"SELAMAT MENCUBA"
Wednesday, 28 September 2016
Tajuk spot dalam ekonomi asas spm
Topik kebarangkalian SPM 2016
|
Bil.
|
Kandungan
|
|
1.
|
Sumber ekonomi
|
|
2.
|
Masalah asas ekonomi
|
|
3.
|
Sistem ekonomi perancangan pusat
|
|
4.
|
Sumber pendapatan individu
|
|
5.
|
Tabungan
|
|
6.
|
Belanjawan peribadi
|
|
7.
|
Perbezaan antara perubahan dalam kuantiti yang diminta dengan
perubahan permintaan
|
|
8.
|
Objektif firma
|
|
9.
|
Kos pengeluaran
|
|
10.
|
Perubahan kuantiti yang ditawarkan
|
|
11.
|
Konsep keanjalan harga penawaran
|
|
12.
|
Penawaran pasaran
|
|
13.
|
Perbezaan aliran wang dengan aliran fizikal
|
|
14.
|
Jenis-jenis bank
|
|
15.
|
Fungsi bank pusat
|
|
16.
|
Fungsi institusi kewangan bukan bank
|
|
17.
|
Kesan perubahan struktur ekonomi negara
|
|
18.
|
Jenis belanjawan
|
|
19.
|
Hutang negara
|
|
20.
|
Sebab wujud perdagangan antarabangsa
|
|
21.
|
Komposisi eksport
|
|
22.
|
Kepentingan kadar pertukaran asing
|
|
23.
|
Kesan perubahan eksport dan import ke atas KPA
|
Senarai topik ini adalah hasil analisis unjuran spm dari tahun 2010-2015. Anda boleh perbanyakkan latih-tubi pada topik tersebut tetapi jangan diabaikan juga topik-topik yang lain kerana tika ini soalan adalah di luar jangka. Kita perlu kuasai semua bab untuk langkah yang selamat.
Bagi menjawab soalan KBAT...pelbagaikan sumber input kerana soalan KBAT melangkaui buku teks dan buku rujukan. Perbanyakkan soalan yang berbentuk aplikasi dan belajar mengembangkan idea. Tingkatkan pengetahuan serta dampingi guru sebagai sumber rujukan utama pelajar, Hanya guru yang mampu menilai adakah huraian lanjutan anda boleh diterima pakai ataupun sebaliknya.
"SELAMAT MAJU JAYA ....Saya doakan anda semua berjaya dengan CEMERLANG".
Friday, 2 September 2016
Monday, 11 July 2016
Aplikasi KBAT dalam ekonomi asas
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta kerupaya untuk mencipta sesuatu. (KPM,2013).
Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada idea yang dihasilkan dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses inovasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil daripada tanaman dan pemeliharaan benih.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kesinambungan kepada Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dan Inovasi (KBKKI).
Aras pemikiran dalam KBAT adalah berdasarkan kepada Taksonomi Bloom Semakan Anderson :

CONTOH SOALAN EA
Sub Tajuk : Pengenalan kepada Ekonomi
1.
|
Apakah jenis barang dalam ekonomi bagi perkhidmatan
kesihatan di atas? Jelaskan
|
2.
|
Perkhidmatan kesihatan juga dapat ditawawrkan oleh pihak
swasta. Mengapakah kerajaan masih membekalkan perkhidmatan kesihatan?
|
3.
|
Kini banyak perkhidmatan di hospital telah diswastakan.
Adakah penswastaan memberi kesan yang baik kepada rakyat?
|
4.
|
Berdasarkan petikan, jumlah katil yang terdapat di
hospital kerajaan ialah 35 000 buah tetapi masih tidak dapat menampung jumlah
pesakit yang semakin meningkat. Mengapakah kerajaan tidak menyediakan katil
sebanyak yang mungkin untuk menampung keperluan tersebut?
|
Subscribe to:
Posts (Atom)

