Sunday, 12 October 2014

Latihan formatif bab 4 EA (Tingkatan 4)


Latihan formatif bab 4

1.
(a)
Terangkan empat perbezaan antara input tetap dengan input berubah

[8 markah]





(b)
Jadual yang berikut menunjukkan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos purata.



Jumlah keluaran (unit)
Jumlah kos (RM)
Kos purata (RM)
0
60
-
1
90
90
2
150
W
3
165
55
4
X
62
5
370
74










i.
Nyatakan pengeluaran tersebut jangka pendek atau jangka panjang.

[3 markah]

ii.
Berapakah nilai W dan X ?
[2 markah]

iii.
Hitung kos berubah pada keluaran ke-4 unit.
[2 markah]

iv.
Jelaskan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos purata.
[3 markah]





(c)
Jadual di bawah ini menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti ditawar bagi tiga jenis barang.



Jenis barang
Peratus perubahan harga
Peratus perubahan kuantiti ditawar
X
10
5
Y
15
30
Z
12
12







i.
Hitung keanjalan harga penawaran bagi barang X, Y dan Z.
[3 markah]

ii.
Terangkan perbezaan keanjalan harga penawaran bagi barang X dan Y.

[4 markah]




Latihan formatif bab 3 EA (Tingkatan 4)

Latihan formatif bab 3

1.
(a)
Jadual berikut menunjukkan permintaan bagi suatu barang.




Harga (RM)
Kuantiti (unit)
1
50
2
30
3
20
4
10







i.
Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan barang tersebut.
(Guna skala 2cm : RM1.00 pada paksi harga dan 2cm : 10 unit pada paksi kuantiti)

ii.
Jelaskan pembentukan keluk permintaan di 1(a)i.






(b)
Jadual berikut menunjukkan permintaan terhadap makanan dalam tin pada harga RM5.00 setin.



Bulan
Kuantiti (unit)
Januari 2014
60 000
Jun 2014
85 000






Terangkan tiga faktor yang menyebabkan perubahan permintaan tersebut.





(c)
Jadual berikut menunjukkan kuantiti diminta dan harga bagi jenis barang A, B dan C.



Jenis Barang
Perubahan kuantiti diminta (%)
Perubahan harga (%)
A
40
30
B
20
20
C
9
18







i.
Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang itu.


ii.
Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan keuntungan setiap barang itu.

Latihan formatif bab 2 EA (Tingkatan 4)

Latihan formatif bab 2

1.
(a)
Maklumat berikut merupakan maklumat diri En. Masnawi




 



Berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan, mengapakah En. Masnawi memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional walaupun berkelulusan perakaunan ?


[8 markah]





(b)
Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis pelaburan.




Kerajaan memperuntukkan belanjawan yang banyak untuk melatih sumber manusia yang menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.



Huraikan tiga jenis pelaburan selain daripada yang dinyatakan di atas.

[6 markah]





(c)
Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu rumus dalam ekonomi.



Pendapatan – X = Pendapatan boleh guna






i.
Nyatakan X
[1 markah]

ii.
Terangkan dua komponen X.
[4 markah]





(d)
Jadual di bawah ini menunjukkan upah wang dan harga dua jenis barang pada tahun 2013 dan 2014.



Tahun
Upah wang (RM)
Harga barang (RM)
Barang A
Barang B
2013
5 000
100
400
2014
6 000
140
500


i.

Hitung :
·         Harga purata barang pada tahun 2013
·         Upah benar pada tahun 2014.

[2 markah]
[2 markah]

ii.
Jelaskan keadaan upah benar pada kedua-dua tahun itu.
[2 markah]








2.
(a)
En. Masnawi adalah seorang guru di SMK Munshi Abdullah yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah. Yang berikut merupakan maklumat kewangan En. Masnawi setiap bulan dalam tahun 2014.



Pendapatan :
RM


Gaji
Sewa

Potongan wajib dan perbelanjaan :
Ansuran kereta
Caruman KWSP
Premium insurans nyawa
Bayaran zakat

Pelepasan cukai :
Diri sendiri
Isteri
Anak ( seorang )
Caruman KWSP dan Premium Insurans nyawa (maksimum)

Kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan :
RM 2 500 yang pertama    = 0%
RM 2 500 yang berikut      = 1%
RM 5 000 yang berikut      = 3%
RM 15 000 yang berikut    = 5%
3 000
400


700
330
90
40


9 000
3 000
1 000
6 000






Hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh En. Masnawi bagi tahun 2014.

[8 markah]





(b)
Pendapatan boleh guna Cik Mawarni ialah RM2 000 pada bulan Disember. Butir-butir pendapatan beliau adalah seperti berikut :




RM
Ansuran kereta
400
Bil air, elektrik dan telefon
300
Pemberian kepada ibu bapa
400
Makanan / minuman
450
Petrol
150
Sewa rumah
300









i.
Sediakan belanjawan peribadi bagi membolehkan Cik Mawarni menabung sebanyak RM200 pada bulan tersebut.

[4 markah]


ii.
Nyatakan dua kepentingan belanjawan peribadi.
[2 markah]





(c)
En. Masnawi yang bekerja sebagai seorang akauntan menerima pendapatan tahunan sebanyak RM40 000. Beliau mempunyai seorang isteri yang merupakan suri rumahtangga dan 2 orang anak. Beliau mencarum RM5 000 ke dalam KWSP dan membayar zakat RM800 serta cukai pendapatan    RM1 000 setahun.


i.
Mengapakah En. Masnawi perlu membayar zakat?
[3 markah]

ii.
Hitung pendapatan boleh guna En. Masnawi
[5 markah]

iii.
Adakah pendapatan RM40 000 dianggap sebagai upah benar? Bincangkan.

[3 markah]