Wednesday, 19 November 2014

Strategi menjawab kertas Ekonomi Asas

Strategi Peperiksaan SPM ( Kertas 3757 )

Kertas 1

  1. Membawa alatan tulis yang mencukupi khususnya pensil 2B, pemadam pensil dan kalkulator.
  2. 10 minit sebelum menjawab, teliti dan baca sepintas lalu semua soalan dari 1 - 40. Jangan terlalu stres apabila terbaca soalan yang sukar. Cari soalan yang senang untuk meningkatkan motivasi sebelum bermulanya peperiksaan.
  3. Apabila pengawas membenarkan peperiksaan bermula maka bermula dari soalan 1 dan baca dengan teliti.
  4. Apabila yakin dengan jawapan, tandakan terus pada kertas jawapan. Elakkan daripada mencari jawapan untuk semua soalan barulah menghitamkan jawapan pada kertas jawapan.
  5. Tinggalkan mana-mana soalan yang sukar dan tidak dapat dijawab. Teruskan kepada soalan yang berikutnya. Setelah selesai menjawab semua soalan mudah, kembali menjawab soalan yang ditinggalkan tadi.
  6. Pastikan masa diurus dengan bijak. Jangan gunakan masa terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.
  7. Pastikan anda menjawab semua soalan, sama ada soalan itu mudah atau sukar.
  8. Pastikan anda mempunyai masa untuk menyemak semua jawapan dalam kertas jawapan sebelum menyerahkannya kepada pengawas peperiksaan.
Kertas 2
  1. Untuk Bahagian A, baca kesemua 5 soalan dengan teliti dan kemudian pilih 3 soalan yang anda fikir boleh dijawab dengan baik.
  2. Masa diberi untuk menjawab kertas 2 ialah 2 jam. Oleh itu, anda dikehendaki menjawab setiap soalan mengikut peruntukan markah yang diberi. Masa menjawab mengikut peruntukan markah soalan.
  3. Jangan membuang masa pada satu-satu soalan. Apabila calon tidak dapat meneruskannya, beralih ke soalan lain.
  4. Gunakan 3 hingga 5 minit untuk merangka jawapan anda. Semasa menjawab, pastikan anda;
  5. Markah akan diberi untuk fakta (F), huraian (H) dan contoh (C). Calon dinasihatkan memberikan fakta dahulu, kemudian diikuti dengan huraian atau contoh.
  6. Penyampaian isi haruslah tersusun. Mulakan dengan isi yang terpenting diikuti dengan isi yang kurang penting.
  7. Calon harus memahami kata-kata tugas  yang diberi dalam kertas 2 sepertimana yang telah diterangkan dalam bengkel teknik menjawab.
SEMOGA TENANG DALAM MENJAWAB 
GOOD LUCK N ALL THE BEST TO U
SAYA DOAKAN ANDA SEMUA BERJAYA.

3 comments:

  1. Cikgu jika soalan kata bandingkan adakah semestinya perlu ada persamaan dan perbezaan??jika hanya tulis perbezaan akan dapat separuh markahkah?

    ReplyDelete
  2. bandingkan...calon kena beri sekurang-kurangnya satu persamaan kemudian baru perbezaannya. Jika tidak awak akan dapat markah utk perbezaan sahaja. contoh markah 5..walaupun byk perbezaan yang calon beri. markah tetap 4.

    ReplyDelete
  3. bandingkan...calon kena beri sekurang-kurangnya satu persamaan kemudian baru perbezaannya. Jika tidak awak akan dapat markah utk perbezaan sahaja. contoh markah 5..walaupun byk perbezaan yang calon beri. markah tetap 4.

    ReplyDelete