Kertas 1
- Membawa alatan tulis yang mencukupi khususnya pensil 2B, pemadam pensil dan kalkulator.
- 10 minit sebelum menjawab, teliti dan baca sepintas lalu semua soalan dari 1 - 40. Jangan terlalu stres apabila terbaca soalan yang sukar. Cari soalan yang senang untuk meningkatkan motivasi sebelum bermulanya peperiksaan.
- Apabila pengawas membenarkan peperiksaan bermula maka bermula dari soalan 1 dan baca dengan teliti.
- Apabila yakin dengan jawapan, tandakan terus pada kertas jawapan. Elakkan daripada mencari jawapan untuk semua soalan barulah menghitamkan jawapan pada kertas jawapan.
- Tinggalkan mana-mana soalan yang sukar dan tidak dapat dijawab. Teruskan kepada soalan yang berikutnya. Setelah selesai menjawab semua soalan mudah, kembali menjawab soalan yang ditinggalkan tadi.
- Pastikan masa diurus dengan bijak. Jangan gunakan masa terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan.
- Pastikan anda menjawab semua soalan, sama ada soalan itu mudah atau sukar.
- Pastikan anda mempunyai masa untuk menyemak semua jawapan dalam kertas jawapan sebelum menyerahkannya kepada pengawas peperiksaan.
Kertas 2
- Untuk Bahagian A, baca kesemua 5 soalan dengan teliti dan kemudian pilih 3 soalan yang anda fikir boleh dijawab dengan baik.
- Masa diberi untuk menjawab kertas 2 ialah 2 jam. Oleh itu, anda dikehendaki menjawab setiap soalan mengikut peruntukan markah yang diberi. Masa menjawab mengikut peruntukan markah soalan.
- Jangan membuang masa pada satu-satu soalan. Apabila calon tidak dapat meneruskannya, beralih ke soalan lain.
- Gunakan 3 hingga 5 minit untuk merangka jawapan anda. Semasa menjawab, pastikan anda;
- Markah akan diberi untuk fakta (F), huraian (H) dan contoh (C). Calon dinasihatkan memberikan fakta dahulu, kemudian diikuti dengan huraian atau contoh.
- Penyampaian isi haruslah tersusun. Mulakan dengan isi yang terpenting diikuti dengan isi yang kurang penting.
- Calon harus memahami kata-kata tugas yang diberi dalam kertas 2 sepertimana yang telah diterangkan dalam bengkel teknik menjawab.
SEMOGA TENANG DALAM MENJAWAB
GOOD LUCK N ALL THE BEST TO U
SAYA DOAKAN ANDA SEMUA BERJAYA.