Wednesday, 12 April 2017

Penyediaan JSU dan JSI

PENYEDIAAN ITEM

Asas Pembinaan Item adalah seperti berikut:
i.            Tentukan tujuan ujian.
ii.           Tahu apa yang hendak diuji / tafsir.
iii.          Faham falsafah, matlamat dan kandungan kurikulum.
iv.          Boleh mengaplikasikan teori pembinaan item.
v.           Membentuk Jadual Spesifikasi Ujian.


Definisi Jadual Spesifikasi Ujian

Suatu matriks yang mengandungi konten, konstruk (merangkumi aspek kognitif dan           psikomotor) dan aras kesukaran. Item dibina menggunakan paksi-paksi di atas mengikut            keperluan kurikulum dan jam kredit.
                       


Tujuan Penyediaan JSU

i.      JSU adalah sebagai panduan kepada penggubal soalan.
ii.     Memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ke tahun.
iii.    Menetap dan memperuntukkan jenis item dan ciri item yang perlu ditulis.
iv.    Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
v.     Menentukan skop dan pemberatan ujian yang seimbang.


Pembinaan item – Jadual Spesifikasi Indeks / Item 


Jadual Spesifikasi Indeks / Item (JSI)  adalah arahan pengagihan item yang perlu digubal oleh penggubal yang telah dilantik oleh Unit Peperiksaan / Panitia / berdasarkan JSU disiplin masing-masing. Kandungan JSI berdasarkan jumlah item mengikut topik dalam JSU masing-masing. Item-item yang digubal hendaklah yang baru.


Penilaian Item


Penilaian item ialah proses membuat pengadilan atau pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan item dan ciri-ciri item yang baik.

Penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu item dengan mengambilkira setiap ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan ketetapan sama ada item itu DITERIMA, DALAM PERHATIAN (KIV) atau DITOLAK.

Download :