Asas
Pembinaan Item adalah seperti berikut:
i. Tentukan
tujuan ujian.
ii. Tahu
apa yang hendak diuji / tafsir.
iii. Faham
falsafah, matlamat dan kandungan kurikulum.
iv. Boleh
mengaplikasikan teori pembinaan item.
v. Membentuk
Jadual Spesifikasi Ujian.
Definisi Jadual Spesifikasi Ujian
Suatu matriks yang
mengandungi konten, konstruk (merangkumi aspek kognitif dan psikomotor) dan aras kesukaran. Item
dibina menggunakan paksi-paksi di atas mengikut keperluan kurikulum dan jam kredit.
i. JSU adalah sebagai panduan kepada penggubal soalan.
ii. Memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ke
tahun.
iii. Menetap dan memperuntukkan jenis item dan ciri item yang
perlu ditulis.
iv. Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
v. Menentukan skop dan pemberatan ujian yang seimbang.
Jadual Spesifikasi
Indeks / Item (JSI) adalah arahan pengagihan item yang perlu
digubal oleh penggubal yang telah dilantik oleh Unit Peperiksaan / Panitia / berdasarkan
JSU disiplin masing-masing. Kandungan JSI berdasarkan jumlah item mengikut
topik dalam JSU masing-masing. Item-item yang digubal hendaklah yang baru.
Penilaian item ialah proses membuat pengadilan atau
pertimbangan terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan
item dan ciri-ciri item yang baik.
Penilaian item ialah proses membuat pengadilan terhadap mutu
item dengan mengambilkira setiap ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir
dengan ketetapan sama ada item itu DITERIMA,
DALAM PERHATIAN (KIV) atau DITOLAK.
Download :