Sunday, 13 March 2016

Pembelajaran Aktif dalam Ekonomi Asas

Ekonomi Asas merupakan satu mata pelajaran yang berkaitan langsung dengan dunia dan masyarakat. Mata pelajaran ini dapat membantu murid memahami dunia moden dan membuat keputusan untuk membina dunia masa depan. Pembelajaran Ekonomi Asas dapat melatih minda supaya menjadi kritis dan kreatif. Kemahiran-kemahiran generik seperti kemahiran interpersonal, mengurus dan menyelesaikan masalah juga dapat dilatih melalui mata pelajaran ini. Oleh itu, pengajaran yang hanya menumpukan pada penguasaan fakta isi kandungan adalah kurang sesuai untuk mencapai matlamat proses pembelajaran aras KBAT. Oleh kerana soalan SPM sebanyak 30% aras KBAT dan juga mata pelajaran ini mempunyai kaitan langsung dengan dunia seharian,...pengajaran sangat sesuai dilaksanakan melalui pendekatan-pendekatan yang berpusatkan murid supaya pembelajaran aktif sentiasa berlaku.

Konsep Pembelajaran aktif dapat dirumuskan seperti berikut :

  • murid menggunakan minda mereka untuk mengkaji idea-idea, menyelesaikan masalah dan mengaplikasikan apa yang dipelajari,
  • Murid berusaha ke arah pembelajaran kendiri.
  • Strategi PdP yang memerlukan murid membaca, berbincang, mendengar, memikir secara mendalam dan menulis serta bertanggungjawab ke atas pembelajaran kendiri.
  • Murid terlibat dalam tugas-tugas yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian.
  • Murid menguasai pengetahuan melalui pengalaman dan konstruktivisme.
Pembelajaran aktif adalah strategi pembelajaran yang berpusatkan murid, di mana murid
  • melibatkan diri dalam pelajaran secara aktif dan bererti.
  • menguji idea serta menyelesaikan masalah
  • membincang secara bermakna dengan rakan.
  • mempunyai rasa kepunyaan terhadap hasil kerja mereka.
  • menggunakan kemahiran berfikir untuk mengkaji idea atau masalah
Strategi-strategi PdP yang menggalakkan pembelajaran aktif dapat dijalankan melalui penggabung jalinan kemahiran pembelajaran berasaskan :
  • Konstruktivisme
  • Kontekstual
  • Koperatif
  • Kajian Masa Depan
  • Kecerdasan Pelbagai
  • Akses Kendiri
  • Pembelajaran Arah Kendiri
  • I-think
  • Pembelajaran Masteri

Model Pembelajaran Aktif

     Input                             Proses Transformasi                           Hasil

·   bahan kontekstual
·   data, artikel
·   kes
·   situasi/masalah
·   gambar
·   surat khabar
·   analisis, sintesis , penilaian
·   banding beza
·   menguji dan mengesahkan idea
·   membina konsep
·   menyelesaikan masalah
·   membuat keputusan
·    laporan
·    ciptaan
·    jawapan
·    rumusan

Input dalam bentuk bahan kontekstual seperti data dan lain-lain maklumat ekonomi atau bahan lain seperti gambar, kes, masalah atau situasi/masalah rekaan guru boleh digunakan sebagai input. Input penting untuk mencetus dan merangsang aktiviti pemikiran di kalangan murid. Teknik-teknik pedagogi untuk pembelajaran KBKK, konstruktivisme, kontekstual dan lain-lain dapat digunakan untuk murid memproses bahan input. Teknik-teknik seperti perbincangan, main peranan, simulasi, kajian kes dan uji kaji serta teknik-teknik pengumpulan data boleh diguna untuk memudahcarakan proses ini. Hasilnya boleh dalam bentuk laporan bertulis atau lisan atau pun lain-lain bentuk seperti ciptaan, jawapan kepada soalan/masalah atau rumusan.

Contoh pelaksanaan pembelajaran aktif :