- Susun dan kemaskan buku, buku kerja, lembaran kerja dan nota untuk memudahkan anda mengambilnya apabila perlu.
- Cari maklumat tentang apa yang akan anda pelajari dan bagaimana anda akan diuji, contohnya, format soalan peperiksaan dan ujian Ekonomi Asas. Ini termasuk merujuk kepada soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
- Tentukan target bagi setiap tugasan anda, contohnya : Saya akan selesaikan mengulang kaji bab 1 pada hujung minggu ini.
- Rancang jadual ulang kaji yang realistik dan boleh anda laksanakan.
Bagaimana mengulang kaji ?
- Cuba selidik rutin ulang kaji yang sesuai untuk anda, misalnya dari segi masa, tempat dan jangka masa belajar.
- Jadikan kerja anda mudah difahami dengan cara MEMBUAT NOTA RINGKAS, MENULIS TAJUK UTAMA, MENANDA DENGAN WARNA, KATA KUNCI, RAJAH PETA MINDA, SIMBOL DAN EJAAN SINGKATAN, PETA I-THINK serta kaedah-kaedah lain yang sesuai.
- Fokus ulang kaji anda berdasarkan jenis soalan yang akan anda hadapi.
- Uji diri anda - jawab soalan dari kertas ujian/peperiksaan tahun-tahun lepas mengikut peruntukan masa sebenarnya. Anda juga boleh menerangkan jawapan anda bagi soalan yang sukar kepada kawan atau keluarga untuk mendapat pandangan mereka.
- Buat nota mengenai perkara-perkara penting bagi memudahkan anda mengulang kaji atau untuk mendapat penerangan lanjut daripada guru.
Peringatan penting !
- Jangan bertangguh - mengulang kaji hingga ke saat-saat akhir
- Jaga makan, minum, rehat, tidur dan kesihatan anda.
- Berehat dan lakukan sesuatu yang anda suka untuk melegakan ketegangan.
- Teruskan bersenam.
- Minta bantuan rakan, keluarga atau guru jika ada yang anda tidak faham.
- Jika anda rasa tertekan, nyatakan/cakapkan tentangnya kepada seseorang seperti rakan, keluarga, guru atau kaunselor sekolah anda.