Assalammualaikum dan salam sejahtera....
Kertas peperiksaan SPM bagi Ekonomi Asas terdiri daripada dua kertas iaitu kertas 1 (soalan objektif) dan kertas 2 (soalan subjektif). Kertas 2 hanya berfokuskan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (5 soalan pilih 3 soalan sahaja) dan Bahagian B (soalan kajian kes wajib dijawab). Kebiasaannya calon gagal menguasai kertas 2 untuk memperoleh markah yang tinggi dalam Ekonomi Asas. Kelemahan calon adalah :
- Tidak memahami kehendak soalan.
- Tidak memahami konsep dan istilah ekonomi.
- Jawapan meleret-leret kerana terpengaruh dengan nada soalan.
- Jawapan calon tidak dikaitkan dengan bahan rangsangan yang diberi dalam soalan.
- Tiada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
- Tidak menjawab mengikut agihan markah.
- Menulis isi yang sama dan berulang.
- Tiada kemahiran teknik menjawab
- Malas membaca dan mengulangkaji pelajaran
- Tidak dapat mengaitkan isu-isu ekonomi dengan teori dan konsep ekonomi yang dipelajari (KBAT).
PANDUAN UMUM
Semasa menjawab, calon perlu :
- Baca kesemua soalan dengan teliti.
- Cari, kenalpasti dan gariskan perkataan @ frasa yang menjadi kata kunci soalan.
- Cari, kenalpasti dan gariskan kata tugas
- Senaraikan fakta @ isi-isi penting
- Buat rangka jawapan
- Pilih 3 soalan yang mempunyai paling banyak fakta @ isi-isi penting2
- Tulis jawapan berdasarkan pendekatan 3S
PENDEKATAN JAWAPAN
Jawapan atau persembahan calon yang dicadang oleh saya sebagai pemeriksa perlulah :
SHORT (Ringkas / Pendek)
- Jawapan perlulah padat dan ringkas
- -Fakta berdasarkan peruntukan markah.
- Tidak perlu pendahuluan
- -Tidak perlu mengulas soalan
- Menggunakan ayat-ayat yang mudah dan ringkas
- Jawapan perlulah kemas dan teratur
- Fakta hendaklah digaris
- Huraian fakta tersusun
- -Memadai satu atau dua ayat bagi setiap fakta.
- Tulisan boleh dibaca.